Sunday, October 14, 2007

Rumah Yakin Tahfiz Al-Wadi Kupang

Dihari penyerahan 6 Oktober 2007 di surau Rumah Yakin Alwadi selepas solat zohor mencatat sejarah TKO Global/ Utara, program kita berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kami pulang dengan berbagai episod yang banyak menjadi pengajaran. Antaranya...

Sebak dada saya bila Ustaz Daud bertanya Zulaika "mak mana? ", "Mak lari". Hati saya sudah tersentap dengan jawap petah Zulaika. Ustaz Daud bertanya lagi dengan suara inginkan kepastian "Mak mana?". Untuk kali kedua Zulaika hanya mampu memekup mukanya. Tidak ada lagi perkataan yang terkeluar dari mulut Zulaika. Suasana hening seketika. Hadirin mula tangkap shahdu. Lelaki hensem berambut panjang disebelah saya dilihat mengesat air mata. Tidak ku sangka mat rock pun berjiwa sensitif begitu. Saya cuba menahan butiran manik jernih dari mengurai jatuh dari kelopak mata saya. Ternyata saya juga gagal seperti mat rock sebelah saya.

Zulaika memang anak pintar dan petah. Seusianya 5 tahun sudah punya perasaan menjadi anak yang ditinggalkan ibu yang sepatutnya menjadi dahan tempat bergantung kasih sayang. Tingkah Zulaika dengan memekup muka tanpa sebarang patah perkataan membuatkan kami faham apa yang terbuku dihati anak kecil ini. Selepas Zulaika duduk semula, hadirin masih terdengar esak tangis Zulaika. Mungkin hatinya remuk redam bila mengenangkan nasibnya begitu, hanya tangisan mungkin berjaya merawat sejenak duka dari sejarah hitam yang perlu dilaluinya seusianya begitu mentah sekali.

Hati saya dipenuhi seribu persoalan "bagimana mungkin seorang ibu tergamak lari meninggalkan anak2nya, apakah sudah tercabut naluri kasih sayang dari sanubari seorang ibu?" Persoalaan yang tiada jawapan.

Ya, Zulaika mungkin gembira dengan sepersalinan baju kurung merah hati, bertudung merah jambu siap dengan bruce sekali bersama2 dengan kakaknya yang lain, tapi samakah shawalnya dengan baju baru yang dihadiahkan oleh TKO Global/Utara disaat takbir bergema dipagi raya berbanding dengan anak2 lain yang bernasib baik yang ibunya siap memandikan mereka dan memakaikan juga sepersalinan baju baru?

Zulaika bukan anak yatim, jika tidak ada insan seperti ustaz Daud dan kakitanganya, dimanakah agaknya anak2 seperti ini akan menumpang kasih untuk meneruskan perjalanan kehidupan yang baru bermula itu?

Terdetik dihati saya, kita sepatutnya membantu lagi Ustaz Daud dalam misinya menjaga anak2 yang kurang bernasib baik ini.

Tapi untuk seketika ini, sekurang2nya warga TKO yang prihatin dapat juga menggembirakan mereka sekadar upaya kita didalam suasana Shawal yang bakal menjelang hanya beberapa hari lagi. Ucapan kami dari warga TKO "Selamat Hari Raya Anak-Anak Ku di Rumah Yakin Al-Wadi".

(Mat_Bon)







(Foto:n_huda)





Yasmin Khalilah & Zulaika


(Foto:Ambo-Jr)

Aktiviti 1 Siri 1

(Video:AdukaTaruna)

Aktiviti 1 Siri 2


(Video:AdukaTaruna)


2 comments:

H o o d s said...

sangat bagus...apa apa pun doakan kerja kita utk mencari dana bagi anak2 ini dipermudahkan...

Eriyza said...

Usaha yg murni. Semoga byk lagik info dapat dimasukkan. :)